Misi B-52 Stratofortress

YB-52 prototaip. Perhatikan kanopi gelembung yang menyerupai B-47Fail:B-52 Landung Bremsfallschirm.jpgSebuah B 52H Stratofortress dari Skuadron Pengebom Ke-11 menggunakan payung seretannya bagi pendaratan. Pameran statik Boeing B-52H bersama-sama kelengkapan senjata di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, 2006

Pemerintah Tempur Udara B-52 adalah sebagai pesawat pengebom berat yang berupaya melaksanakan pelbagai misi. Pengebom ini berupaya terbang pada kelajuan subsonik pada ketinggian sehingga 50,000 kaki (15 km). Ia mampu membawa pelbagai senjata, termasuk nuklear atau bom berpandu tepat biasa dan mempunyai keupayaan untuk terbang ke mana sahaja di dunia dengan tepat. Pada asalnya, ia direka hanya bagi membawa dua senjata termonuklear besar kepada mana-mana sasaran di USSR.

Selama lebih 50 tahun, B-52 Stratofortress telah menjadi tulang belakang bagi pasukan pengebom dikendali bagi Amerika Syarikat. B-52 berupaya menggugurkan atau melancar pelbagai senjata dalam simpanan Amerika Syarikat, termasuk jatuh bebas (bom graviti), bom kelompok, dan peluru kendali jitu seperti Peluru Serangan Langsung Bersama. Bila dikemaskinikan dengan teknologi terbaru, B-52 mampu menghantar keseluruhan julat senjata dibangunkan bersama; membenarkannya untuk terus berkhidmat sehingga ke abad ke-21 sebagai unsur penting bagi keupayaan tentera US. Analisis kejuruteraan semasa menunjukkan jangka hayat B 52 dilanjutkan melebihi tahun 2045.

Dua prototaip B-52 telah dibina, dan adalah ditandakan XB-52 dan YB-52. Sebenarnya, kedua-dua pesawat hampir sama, kecuali YB-52 dilengkapi perubahan yang cukup bagi diberikan reka bentuk berbeza. Perbezaan paling ketara antara prototaip dan B-52A adalah pesawat X dan Y mengunakan kokpit berdua selari untuk juruterbang dan pembantu juruterbang, menyerupai seperti di B-47. Kokpit untuk B-52A direka bentuk sepenuhnya di atas desakan Jeneral Curtis LeMay, Komander Perintah Udara Strategik, yang menentang kedudukan selari. Walaupun XB-52 adalah prototaip pertama untuk dilengkapkan dan dihasilkan, YB-52 merupakan yang pertama terbang - pada 15 April 1952 - diakibatkan oleh kerosakan pada hujung sayap belakang XB-52 disebabkan kegagalan sistem hidraulik. XB-52 akhirnya terbang untuk kali pertama pada 2 Oktober 1952. Malangnya, kedua-dua pesawat ini dilupuskan pada pertengahan 1960-an, walaupun YB-52 boleh dilihat di Muzium USAF dari akhir 1950-an sehingga tempoh masa is diputuskan untuk dilupuskan.

B-52A yang pertama mulai terbang pada Ogos 1954 dan model B memasuki perkhidmatan pada tahun 1955. Sejumlah 744 B-52 telah dibina dengan pesawat terakhir, B-52H, dihantar dalam Oktober 1962. Hanya model H yang masih dalam simpanan Tentera Udara dan ditugaskan kepada Perintah Tempur Udara dan Tentera Udara Simpanan. B-52 tertua yang masih terbang telah dibina pada tahun 1955, sungguhpun ia turut memiliki waktu penerbangangan paling sedikit daripada mana-mana B-52 yang masih ada. Ia dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden Nasa dan telah digunakan untuk ujian jatuh bagi pelbagai penyelidikan pesawat sehingga persaraannya pada 17 Disember 2004. Pada 30 Julai 2001, Dryden menerima sebuah B-52H yang dijangka untuk menggantikan pesawat model B yang lebih tua pada akhir 2004.

102 B-52H yang pertama dihantar kepada Perintah Udara Strategik pada Mei 1961. Model H mampu membawa sehingga 20 peluru berpandu kruise lancaran udara. Di samping itu, ia boleh membawa peluru berpandu kruise biasa yang telah dilancarkan dalam beberapa kejadian semasa 1990-an, bermula dengan Operasi Ribut Padang Pasir dan memuncak dengan Operasi Pasukan Bersekutu dalam musim bunga 1999.

Ancaman serangan B-52 mendorong Kesatuan Soviet berundur daripada ancamannya bagi menempatkan peluru berpandu nuklearnya di Cuba pada Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun 1962.

Untuk tugas di Vietnam, B-52D diberikan pengubahsuaian "Perut Besar - Big Belly" yang membolehkan kapal terbang itu memuatkan 84 bom 500-paun biasa atau 42 bom 750-paun ke dalam ruang bom, termasuk juga 24 bom 750-paun pada penyangkut bawah sayap.

Rujukan

WikiPedia: B-52 Stratofortress http://www.airforcetimes.com/news/2009/01/airforce... http://www.hq.nasa.gov/pao/History/SP-468/cover.ht... http://www.minot.af.mil/library/factsheets/factshe... http://www.aerospaceweb.org/aircraft/bomber/b52/ http://www.afa.org/magazine/may2007/ http://www.crm-devel.org/resources/paper/darkblue/... http://www.fas.org/nuke/guide/usa/bomber/b-52_hist... http://www.globalsecurity.org/wmd/systems/b-52.htm http://www.stratofortress.org http://www.swri.org/3pubs/brochure/D07/B52/home.ht...